no1 PhotobucketPhotobucket no1

Thursday, October 16, 2008

HEDONISME...??










Hedonisme adalah budaya yang lahir daripada asas sekularisme yang menolak dominasi fahaman agama dalam kehidupan manusia. Hedonisme yang berasal dari istilah Greek, Hedone, bermaksud pleasure (keseronokan / kelazatan) atau happiness (kegembiraan ) ialah kebaikan.

Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup.

Al-Quran mengaitkan Hedonisme dengan kepentingan dunia dan hawa nafsu sehingga lalai dan lupa akan perintah dan suruhan Allah swt.

Allah swt telah mengingatkan bahawa terdapat kecenderungan manusia menjadikan hawa nafsu dan keseronokan sebagai sembahan, di mana Al-Quran bertanya, yang bermaksud: "Tidakkah kamu melihat mereka yang mengambil nyawa hawa nafsu sebagai tuhan mereka?".


Pengawalan Islam terhadap gejala negatif ini amat dititikberatkan. Nabi saw sejak remaja lagi telah dikawal oleh Allah swt daripada menghampiri pesta kaum Quraisy yang diadakan di Kota Mekah. Baginda diriwayatkan tertidur dengan nyenyak sebelum berupaya pergi ke pesta tersebut.

Islam amat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan Aqidah berfungsi sebagai tonggak utama perancangan hidup manusia khususnya berkaitan aspek perancangan ummah.


Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut melibatkan persoalan Iman.Konsep keimanan adalah mengenai individu yang mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukan yang tulus dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya unsur cetusan atau rangsangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut untuk menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di alam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup hariannya berasaskan nilai-nilai keimanan tersebut. Ini kerana individu tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam jauh dan kental dalam hati sanubarinya.

Merujuk kepada definisi di atas, jelas sekali budaya hedonisme amat bertentangan dengan akidah umat Islam. Hal ini kerana budaya hedonisme mementingkan kebebasan fikiran sedangkan Aqidah Islam meletakkan Al-Quran dan al-Sunnah sebagai paksi atau tunjang pemikiran.



....................................................................................................................


Ajaran Sekularisme telah meletakkan lima prinsip utama sebagai neraca dalam alirannya.


Prinsip Vetalisme menekankan apa-apa yang berbentuk kuat dan menguntungkan dari segi kebenaran akan dianggap baik.


Prinsip Kreativiti meletakkan sesuatu yang boleh mencetuskan daya kreativiti dan menghasilkan ciptaan baru akan

dianggap sabagai baik dan bermutu.


Prinsip Relative pula menekankan tidak ada sesuatu konsep dan pemahaman terhadap sesuatu fakta atau teori yang bersifat mutlak dan kekal. Sebaliknya semuanya boleh berubah mengikut perubahan zaman dan perkembagan ilmu pengetahuan.


Prinsip Hedonisme pula menggariskan apa-apa sahaja yang boleh memuaskan hawa nafsu manusia akan dianggap baik , manakala apa-apa sahaja yang boleh membawa penderitaan nafsu akan dianggap buruk


Prinsip terakhir pula menganggap majoriti masyarakat sebagai pemutus. Aliran ini menganggap pilihan majoriti adalah baik.

0 comments: