| Syarat dan Rukun Sembahyang Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:- | Orang Islam. | | Menghadap arah Kiblat | | Suci dari Haidh, Nifas dan Junub. | | Akil baligh | | Melihat atau mendengar. | | Jaga (tidak tidur) | | Sudah masuk waktu sembahyang. | Syarat Sah Sembahyang Syarat-syarat sah sembahyang ialah: | Sesudah masuk waktu sembahyang. | | Menghadap ke arah Kiblat. | | Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya). | | Suci pakaian, tempat dan badan dari najis. | | Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah. | Rukun Sembahyang Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang. 1)BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
| 2)NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
| 3)TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
| 4)MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
| 5)RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
| Perkara Yang Membatalkan Sembahyang Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:- | Batal Wuduk. | | Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut). | | Terbuka Aurat. | | Melangkah, tiga langkah berturut-turut. | | Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang. | | Tertawa Terbahak-bahak. | | Bercakap, berkata-kata dengan sengaja. | | Berubah Niat. | | Mendahulu Imam sampai dua rukun. | | Meninggalkan rukun Sembahyang. | |
0 comments:
Post a Comment