no1 PhotobucketPhotobucket no1

Saturday, August 14, 2010

Al-Amanah

Firman Allah

Sesungguhnya kami telah tawarkan amanah itu kepada langit-langit dan bumi dan gunung-gunung, maka mereka enggan memikulnya dan mereka khuatir tentangnya, tetapi dipikul dia oleh manusia. Sesungguhnya (manusia) itu penganianya diri. “ (Al-Ahzab, ayat 72)


Allah (swt) berfirman dalam hadith qudsi


Wahai Adam! Sesungguhnya Aku telah menawarkan amanah kepada langit dan bumi, namun mereka tidak mampu. Apakah engkau sanggup memikul dengan segala akibatnya?

Adam berkata, “Apa yang saya dapat daripadanya?”

Allah menerangkan, “Jika engkau sanggup memikulnya, engkau akan diberi pahala, tetapi jika engkau menyia-nyiakannya, engkau akan disiksa.”

Adam berkata, “Baiklah saya pasti dapat memikul dengan segala akibatnya.”


Tidak berapa lama kemudian(sekadar lamanya waktu antara solat subuh dan asar ia berada di syurga) terjadilah peristiwa dengan syaitan sehingga ia dikeluarkan dari syurga.

(HQR Abus-Syeikh yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a.)


Huraiannya


Maksud dan tujuan kata Al-Amanah didalam firman Allah dan hadith, para ulamak berselisih pendapat. Ada yang mengatakan:

1. Syahadah At-Tauhid

2. Hurup Hijaiyah

3. Keadilan

4. Akal


Al-Asfahani mengatakan Al-Amanah itu ialah akal. Kerana dengan akal dapat memahami tauhid. Akal dapat melaksanakan keadilan dan dapat mempelajari hurup hijaiyah.

Manakala setengah ulamak pula mengatakan Al-Amanah itu:

-agama

-hal-hal yang difardukan

-batas-batas yang ditentukan Allah

-taat kepada Allah

-solat

-puasa

-wanita yang diamanahkan menjaga kehormatannya

-mandi wajib (junub) dan lain-lain lagi.


Ibnu Kasyir mengemukakan bahawa semua pendapat di atas tidak bertentangan antara satu sama lain, malah semuanya kembali pada satu titik persamaan iaitu taklip (pembebanan hukum, undang-undang serta peraturan pelaksanaannya)


MENURUT PENDAPAT PENGARANG (pengarang asal ) TENTANG AL-AMANAH IALAH: SEBAGAIMANA YANG DITERANGKAN MELALUI FIRMAN ALLAH TAALA DAN HADITH QUDSI AL-AMANAH ITU IALAH KEIKHLASAN.

Kerana dengan keikhlasanlah dapat melaksanakan beban hukum yang dipikulkan oleh Allah ke atas pundak manusia.

Sesungguhnya sembahyangku dan ibadahku dan hidupku dan matiku bagi Allah yang memelihara sekelian alam “.

Peristiwa di antara Nabi Allah Adam dan Siti Hawa telah melanggar perintah Allah atas hasutan syaitan.


Firman Allah

Dan janganlah kamu berdua hampiri pohon ini, kelak kamu berdua akan jadi orang-orang yang menganiaya “. (Al-Baqarah, ayat 35)


Jelas Allah berfirman dalam ayat yang menerangkan larangan-larangannya. Oleh kerana keikhlasan (berkaitan dengan hati) tidak kukuh, maka larangan seperti ayat di atas dilanggar.

Para ulamak telah membicarakan penawaran Allah kepada Adam. Ada yang mengatakan bahawa penawaran itu adalah hakiki. Ada juga berpendapat bahawa penawaran itu bersifat majazi (kiasan). Meskipun abstrak tetapi dapat dinyatakan dan diterima.


Hendaklah orang yang diamanahkan itu, menunaikan amanahnya ”.

(Al-Baqarah, ayat 283)


Firman Allah

Sesungguhnya Allah memerintahkan kepada kalian untuk menunaikan amanah itu kepada pemiliknya“.(An-Nisak, ayat 58)


Hai! Orang-orang yang beriman, janganlah kalian melakukan khianat(curang) kepada Allah dan Rasulnya dan mengkhianati amanah-amanah di antara kalian, padahal kalian mengetahuinya “.(Al-Anfal, ayat 27)


Orang yang beriman itu ialah mereka yang suka menjaga dan memelihara amanah dan janjinya “.

(Al-Mukminun, ayat 8)


Nabi (s.a.w) bersabda

Tidak sempurna iman seseorang yang tidak memegang amanah”.

(dari Ibnu Umar dalam Al-Ausath).


Daripada petikan-petikan ayat dan hadith, jelas bahawa Amanah itu sesuatu hal yang berat. Tergelincir sedikit sahaja dari maksud(kehendaknya) manusia boleh jatuh kepada curang (mungkar).


Kesimpulan yang boleh didapati bahawa, Allah tidak menerima amal perbuatan yang dilakukan bukan kerana Allah, tidak menerima segala sesuatu yang dilaksanakan dengan tidak ikhlas kerananya.


Firman Allah

]ketahuilah!Hanyalah agama Allah sahaja yang bersih(dari syirik)”.

(Az-Zumar, ayat 3)


Katakanlah wahai Muhammad! Hanya kepada Allah sajalah aku beribadat dengan tulus ikhlas ”.

(Az-Zumar, ayat 14)


Hadapkanlah diri-diri kamu pada tiap-tiap kali sembahyang dan berdoalah kepadanya dengan ikhlaskan ibadat kepadaNya (melaksanakan ibadat kerana Allah)”.

Dan mereka hanya diperintahkan supaya beribadah kepada Allah dengan tulus ikhlas, melaksanakan agama dengan dengan jujur, menegakkan solat dan menunaikan zakat, itulah agama yang betul”.

(Al-Baiyyinah, ayat 5)


Penutup


Khalifah Umar Al-Khattab r.a. berkata tentang ikhlas;

Amalan yang paling utama ialah menunaikan apa yang telah difardukan Allah swt dan melakukan wara’ (menjaga diri) dari apa-apa yang telah diharamkan Allah swt serta meluruskan niat dalam beribadah kepada Allah swt


Allah (swt) berfirman di dalam hadith qudsi.

Kelak pada hari kiamat akan didatangkan beberapa buku yang telah disegelkan (buku amalan pekerjaan harian menurut catatan Raqib dan Atid) lalu dihadapkan kepada Allah swt. Pada waktu itu Allah berfirman “ Buanglah ini semuanya “. Malaikat berkata “ Demi kekuasaan Engkau, kami tidak melihat di dalamnya melainkan yang baik-baik saja”. Selanjutnya Allah berfirman “ Sesungguhnya isinya ini dilakukan bukan keranaKu dan Aku sesungguhnya tidak akan menerima kecuali apa-apa yang dilaksanakan kerana mencari keredhaanKu”.

(*HQR Bazzar dan Thabrani dengan dua sanad atau di antara para rawinya termasuk perawi Al-Jamius Shasih).

“ WAHAI! TUHANKU PENGGERAK SEKELIAN HATI, TETAPKANLAH HATIKU KE ARAH MANTAATI MU. WAHAI TUHAN KAMI! PENGUBAH SEKELIAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMA MU”.

0 comments: