no1 PhotobucketPhotobucket no1

Tuesday, August 10, 2010

Apa itu Ramadhan?....



















Ramadhan sebagaimana yang diketahui adalah bulan ke-9 dalam kelendar Islam. Selama 1 bulan ini, seluruh umat Islam di dunia diwajibkan berpuasa bagi memenuhi tuntutan rukun Islam ke-3. Ramadhan adalah bulan yang berkat, seluruh umat Islam menahan diri dari makanan, minuman dan nafsu. Bulan ini adalah bulan di mana, waktu untuk menginsafi diri, memurnikan jiwa dan lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ramadhan bukan bulan yang hanya menahan lapar dan dahaga tetapi lebih daripada itu.

Setiap umat Islam perlu menahan perkara-perkara yang boleh membuat dosa serta mengurangkan pahala. Seseorang Muslim perlu menjaga setiap bahagian anggotanya, iaitu lidah, perbuatan, pandangan, pendengaran serta seumpama dengannya. Lidah perlu menahan daripada perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan gosip . Mata harus menahan diri dari perkara yang melanggar hukum melihat . Tangan tidak boleh menyentuh atau mengambil sesuatu yang bukan miliknya . Telinga harus menahan diri dari mendengarkan cakap-cakap kosong atau kata-kata cabul . Kaki harus menahan diri dari pergi ke tempat-tempat yang berdosa . Sedemikian rupa , setiap bahagian dari tubuh seseorang Muslim perlu mengamati puasa.

Kesimpulannya, bulan Ramadhan adalah bulan di mana setiap umat Islam berpuasa bukan hanya menahan diri daripada makanan serta minuman tetapi menjaga setiap perlakuan serta mempertingkatkan lagi ketakwaan dan keimanan terhadap Allah SWT. Mudah-mudahan kita dapat sama-sama berazam untuk mengubah diri kita ke arah jalan yang lebih baik iaitu jalan yang diredhai Allah SWT.

0 comments: